fbpx

Taliban guna bazuka letupkan bendera Sweden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kumpulan lelaki tersebut berdiri sambil memegang bendera Taliban ketika seorang daripada mereka menembak ke arah bendera Sweden menggunakan raifal. – Twitter

KABUL –  Sebuah video tular di media sosial memaparkan  sekumpulan lelaki dipercayai pejuang Taliban di Kandahar, Afghanistan menembak bendera Sweden sebelum meletupkannya, lapor portal berita MailOnline semalam.

Kumpulan lelaki tersebut berdiri sambil memegang bendera Taliban ketika seorang daripada mereka menembak ke arah bendera Sweden menggunakan raifal.

Barisan lelaki lain  turut dilihat dengan seorang daripada mereka menembak pelancar roket, menyebabkan bendera Sweden itu  yang dilekatkan pada dinding sebuah bangunan itu meletup.

Mereka kemudian berlalu sambil membawa bendera Taliban dan memberi tabik hormat menggunakan raifal.

Pada hujung bulan lalu, kerajaan Sweden memberi kebenaran kepada seorang pelampau sayap kanan, Rasmus Paludan untuk membakar satu kitab suci al-Quran di luar kedutaan Turkiye di Stockholm.

Kemudian, pada 27 Januari, sebilangan rakyat Afghanistan melakukan protes bagi meluahkan rasa marah ke atas tindakan itu.

“Penduduk Kabul menyertai  demonstrasi untuk mengutuk perbuatan biadab Paludan,” kata jurucakap polis, Khalid Zadran.

Di wilayah Badakshan pula, seorang jurucakap pihak berkuasa wilayah berkata, beribu-ribu orang berkumpul selepas solat Jumaat pada minggu lalu  untuk melakukan protes.

Kementerian Luar Afghanistan mendesak kerajaan Sweden agar menghukum Paludan bagi mengelakkan insiden membakar kitab suci itu  daripada berulang.

Paludan, yang mempunyai kewarganegaraan Denmark dan Sweden didakwa membakar al-Quran sebagai tanda protes dengan mengulangi tindakan itu di hadapan sebuah masjid di Copenhagen, juga di hadapan kedutaan Turkiye. –  Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI