fbpx

Bajet 2023: Kerajaan negeri Perak harap permohonan tidak ditolak sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (tengah) bercakap pada sidang akhbar di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, hari ini.

IPOH – Kerajaan negeri Perak berharap kerajaan Persekutuan tidak menolak sepenuhnya permohonan dibuat berkaitan peruntukan lebih RM3 bilion dimohon menjelang Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada 24 Februari depan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau serta delegasi kerajaan negeri telah bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini bagi mengemukakan senarai peruntukan dimohon tersebut.

“Jadi kita harap kalau tak boleh bagi semua, jangan tolak semua. Alhamdulillah, esok Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan akan hadir untuk dialog bajet.

“Beliau akan membentangkan apa yang akan diberikan. Pada waktu sama kita jemput semua exco, Ahli Dewan Undangan Negeri dan ketua-ketua jabatan untuk mendengar taklimat tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Saarani berkata, pihak kerajaan negeri akan memberikan maklum balas kepada Kementerian Kewangan pada sesi dialog tersebut.

Beliau berharap Bajet 2023 masih belum dibukukan dan apa jua pandangan yang akan disampaikan esok sedikit sebanyak akan dimasukkan ke dalam belanjawan negara.

Mengulas tentang permohonan dibuat, beliau berkata, bajet antaranya jalan raya rosak seperti di Lebuh Raya Timur-Barat serta ketidakcukupan katil di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

“Kita minta Kementerian Kewangan berikan keutamaan kepada kita sebab selepas Covid-19, kita perlu bangun balik untuk mensejahterakan rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI