fbpx

Tammy Abraham hapus ragu Jose Mourinho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABRAHAM (kiri) meledak satu gol untuk membantu kemenangan Roma ke atas Empoli pada aksi Serie A awal pagi semalam. – AFP

ROM – Jurulatih AS Roma, Jose Mourinho terpaksa menelan semula kata-katanya selepas pe­nyerang, Tammy Abraham meledak satu gol ketika membantu pasukan menang 2-0 ke atas Empoli pada aksi Serie A di Stadium Olimpico awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, Roma menjaringkan dua gol menerusi Abraham dan Roger Iba­nez dalam tempoh enam minit pertama, sekali gus terus me­nyalakan harapan pasukan itu untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Mourinho tanpa berselindung mengakui, beliau pada awalnya ragu-ragu dengan kemampuan dimiliki Abraham, namun sangkaannya jelas meleset apabila pemain England itu menampilkan aksi cukup baik semalam.

“Memang benar ada satu ketika di awal musim, saya agak ragu dengan kemampuan Abraham, tetapi bukanlah mengenai kualiti sebagai pemain. Sekarang walaupun tidak jaringkan gol, namun sumbangannya dalam pasukan sangat penting.

“Dia sudah lakukan yang terbaik pada separuh masa kedua apabila turut membantu pasukan ketika bertahan. Saya gembira kerana perlawanan hari ini (semalam) menunjukkan aksi positif daripada dia,” katanya.

Pengendali dari Portugal itu turut memuji persembahan yang ditunjukkan barisan pemainnya pada perlawanan tersebut meskipun beliau mengatakan intensiti permainan agak menurun selepas minit ke-30.

“Kami bermain sangat baik dalam 30 minit pertama sebelum intensiti turun secara tiba-tiba. Bagaimanapun, ia bukanlah di­sebabkan taktikal kerana pemain-pemain saya masih ada yang kepenatan,” ujar Mourinho yang hampir meninggalkan Roma Disember lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI