fbpx

Polis akan rampas satu-satunya Lamborghini Aventador V2 di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis akan merampas kereta mewah Lamborghini Mad Bull Liberty Walk Aventador V2 edisi terhad (kiri) milik suspek. - Thaiger

BANGKOK – Biro Siasatan Jenayah Siber (CCIB) menyerbu sebuah gudang di kawasan Krungthep Kreetha, Bangkok hari ini, lapor portal berita The Nation Thailand. 

Gudang  itu dimiliki oleh ahli perniagaan, Chaiwat  Kajonboonthavorn yang berusia 38 tahun. Dia merupakan salah seorang daripada empat suspek yang dikaitkan dengan laman web perjudian online, Macao 888.

Chaiwat ialah anak sulung daripada empat adik-beradik. Namanya disebut oleh pelakon,  Arisara Thongborisut baru-baru ini sebagai menjalankan laman web perjudian online. 

Ketua CCIB, Leftenan Jeneral Worawat Watnakornbancha berkata, pegawainya menemui beberapa kereta mewah dan lumba di gudang itu termasuk sebuah Lamborghini Aventador edisi terhad. 

Terdapat hanya 50 kereta sedemikian di dunia dan ia adalah satu-satunya terdapat di Thailand.

Kenderaan itu berharga sekitar 44 juta baht (RM5.5 juta) tidak termasuk kit ubah suai berharga 3 juta baht (RM381,541).

Menurut portal berita Thaiger, polis akan merampas kereta Lamborghini itu dan percaya bahawa Chaiwat sudah melarikan diri ke Hong Kong. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI