fbpx

Enam negeri alami cuaca buruk pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terhadap enam negeri pagi ini.

MetMalaysia menerusi laman Facebooknya berkata, ribut petir dijangka di Perak, sekitar daerah Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Seterusnya, bagi Kelantan adalah di Kuala Krai dan Gua Musang manakala bagi negeri Selangor adalah sekitar kawasan Sabak Bernam, Gombak dan Hulu Langat.

Sementara itu, hujan lebat diramal bagi seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada pagi ini.

Bagi Negeri Sembilan, di daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

Katanya lagi, cuaca tidak menentu turut melanda Sarawak, sekitar Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI