fbpx

Aeril puji Sophia manja, Wawa Zainal tak marah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KATA Wawa, jujurnya dia langsung tidak berasa marah atau terasa hati dengan tindakan Aeril memuji rakan pelakon, Sophia AlBarakbah sebagai wanita manja dan lemah lembut.

PETALING JAYA – Pelakon dan usahawan Wawa Zainal berfikiran terbuka dan langsung tidak terasa hati apabila suaminya, Aeril Zafrel memuji rakan pelakon, Sophia AlBarakbah sebagai wanita yang manja.

Perkara tersebut dinyatakan pemilik nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin itu berikutan ramai peminat mempersoalkan adakah dia tidak berasa marah apabila suaminya memuji perempuan lain manja.

Jelas Wawa, 32, sejujurnya tiada apa-apa perasaan yang timbul seperti cemburu atau marah ketika melihat video Aeril bercakap tentang Sophia.

“Pasal kenyataan Aeril memuji perempuan lain manja, saya okey saja. Dia terangkan kawan dia macam mana kan.

“Okay saja, jadi berhenti tanya saya tak marah ke, tak terasa ke. Sejujurnya saya mula-mula tengok video itu, okey saja,” tulisnya dalam Insta Story.

Bagaimanapun selepas kenyataan Aeril mendapat perhatian netizen, akui Wawa, barulah dia sedar adakah responsnya yang langsung tidak berasa apa-apa adalah sesuatu yang normal bagi seorang isteri.

“Bila ramai sangat netizen buat spekulasi, bini dia okey ke? Saya kalau lelaki puji perempuan lain, saya terus rasa, eh normal ke tak rasa apa-apa tadi?

“Jadi saya nak buat-buat merajuklah kejap!” selorohnya.

Terdahulu minggu lalu, Aeril menyuarakan pandangan tentang keperibadian Sophia sebagai seorang wanita yang baik, lemah lembut dan karakter manja.

Disebabkan itu ujar Aeril, pesona dimiliki Sophia boleh membuatkan mana-mana lelaki senang jatuh hati dengan pelakon jelita berkenaan.

Aeril yang pernah bergandingan dengan Sophia dalam drama Tercipta Satu Ikatan (2021) berkata demikian selepas nama aktres itu sejak beberapa minggu lalu memanas gara-gara tuduhan menjadi pengacau rumah tangga penyanyi Bella Astillah kerana mengaku tersuka suaminya, Aliff Aziz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI