fbpx

Penyokong Liverpool ‘cuti peristiwa’, senyap di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara aksi perlawanan Liverpool yang berkesudahan mereka kalah dengan jaringan 3-0 semalam.

PETALING JAYA- Selepas mengalami kekalahan demi kekalahan kebelakangan ini, penyokong pasukan bola sepak Liverpool nampaknya diam seketika di media sosial.

Pasukan elit dari Liga Perdana England itu mengalami kekalahan ketika berkunjung ke Wolverhempton Wenderers semalam dengan tiga jaringan tanpa balas.

Skuad kendalian jurulatih dari Jerman, Jorgen Klopp itu nampaknya berhadapan dengan prestasi hambar selepas beberapa pemain utama mereka mengalami kecederaan.

Liverpool merupakan sebuah kelab yang mempunyai kejayaan terbesar berbanding kelab-kelab lain di England.

Namun, selepas menjual pemain terbaik mereka, Sadio Mane ke Bayern Munich musim ini, kelab tersebut seakan-akan hilang punca dan arah.

Rata-rata pengguna media sosial juga mula ‘troll’ peminat pasukan yang diberi jolokan The Red itu selepas beberapa kekalahan musim ini.

“Ubat nyamuk jangan lupa beli, nak masuk gua tu. Peminat Chelsea pun dah lama sangat dekat dalam tu tak keluar-keluar lagi,” kata Casabelanka Chemor.

“Senyap saja orang Liverpool hari ni, cuti peristiwa ke apa?” soal Rod Majukan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI