fbpx

Rayu kerajaan lulus tuntutan KWSP 2.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jannahtul Ain sewaktu melakukan perjumpaan bersama Ismail Sabri berhubung tuntutan pengeluaran KWSP 2.0 hari ini.

PETALING JAYA – Pertubuhan Warisan Rakyat Prihatin Malaysia (PWRN) merayu kerajaan meluluskan tuntutan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2.0 dalam membantu memulihkan ekonomi keluarga dan mengubah taraf hidup yang lebih produktif.

Menerusi kunjungan rasmi pertama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, PWRN turut menyerahkan memorandum tuntutan pengeluaran khas KWSP 2.0 sekali gus berharap ia mendapat perhatian dan tindakan seterusnya.

Presidennya, Jannahtul Ain Jaafar berkata, PWRN berbesar hati setelah permohonan kunjungan hormat kepada Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera itu disambut baik dan dipersetujui.

“Dengan rasa syukur, suara dan rintihan rakyat terutamanya pencarum-pencarum dapat kami bawa bersama untuk didengari. Kunjungan hormat ini juga memfokuskan khasnya isu tuntutan pengeluaran khas KWSP 2.0.

“Kami juga membuat satu penyerahan memorandum tuntutan pengeluaran KWSP 2.0 kepada Datuk Seri untuk perhatian dan susulan beliau. Seperti yang diketahui melalui kenyataan media sebelum ini, beliau menyokong dan menyambut baik tuntutan pengeluaran KWSP 2.0.

“Justeru, kami juga berharap memorandum yang mendesak agar kerajaan membenarkan dan meluluskan pengeluaran khas KWSP 2.0 iaitu 50 peratus melalui akaun satu, dengan kadar maksimum RM50,000 ini dapat dibawa serta dibentangkan dalam Mesyuarat Dewan Rakyat pada minggu depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jannahtul Ain berkata, pihaknya juga berharap isu tersebut mendapat perhatian khususnya daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kelulusan KWSP juga sedikit sebanyak akan dapat menyelesaikan masalah rakyat yang terlalu terdesak ini. Dengan ini, keprihatinan Datuk Seri pastinya akan memberi sejuta sinar kepada rakyat semua,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI