fbpx

Lelaki OKU rentung rumah didiami terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT mangsa yang ditemukan rentung dalam kejadian kebakaran di Kampung Pelantar, Karak di Bentong, malam semalam.

BENTONG – Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) rentung selepas rumahnya musnah dalam kebakaran di Kampung Pelantar, Karak di sini, malam semalam.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu mangsa, Mohd Yusof Idris, 64, tinggal seorang diri di rumah berkenaan.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mayat mangsa ditemukan rentung di dalam sebuah bilik dalam keadaan telentang di tepi tingkap.

“Rumah separuh kekal itu musnah kira-kira 90 peratus dan siasatan dilakukan bagi mengenal pasti punca kebakaran,”katanya di sini, hari ini.

Bomba menerima panggilan pada pukul 9.02 malam dan tiba di lokasi kira-kira pukul 9.16 malam bersama 17 anggota serta berjaya mengawal kebakaran pada pukul 9.27 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI