fbpx

Ipoh bandar pertama di Utara capai akses 5G berkelajuan 1GB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sandrea (dua dari kanan) bercakap pada sidang akhbar di IIOC, UTC Ipoh, hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Ipoh kini menjadi bandar kelima di negara ini selepas Kuala Lumpur, Putrajaya, Cyberjaya dan Johor Bahru serta yang pertama di wilayah Utara yang mempunyai capaian akses 5G berkelajuan 1GB per saat.

Ia hasil pasukan 5G Greater Ipoh yang diketuai oleh Datuk Bandar, Datuk Rumaizi Baharin bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Digital Nasional Berhad, SKMM Perak dan Telekom Malaysia (TM).

Sehingga kini, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah melaksanakan sebanyak 14 projek kick-off termasuk sebuah projek utama Bandar Pintar Ipoh iaitu Pusat Operasi Bersepadu Ipoh (IIOC).

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sandrea Ng Shy Ching berkata, IIOC merupakan jantung kepada perkembangan Ipoh ke arah bandar pintar.

“Dengan adanya sebuah pusat kawalan yang canggih seperti ini, ia akan merealisasikan impian Bandar Ipoh untuk mencapai status Smart Green City menjelang 2030.

“Walaupun Projek IIOC ini diletakkan pada status projek jangka panjang, namun dengan iltizam dan kerjasama yang diketuai oleh Datuk Bandar, ia telah berjaya dilaksanakan dalam waktu masa yang singkat.

“Projek IIOC ini merupakan nadi kepada Pelan Tindakan Bandar Pintar Ipoh yang akan menjadi sebuah pusat kawalan pintar yang mempunyai keupayaan memproses Big Data dengan menggunakan perisian Artificial Inteligence (AI) , Internet of Thing (IoT),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke IIOC serta diberikan taklimat 5G di IIOC, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak di sini hari ini.

Pada masa sama, Sandrea berkata, pusat kawalan pintar tersebut sekali gus melicinkan urus tadbir pembandaran MBI kepada urustadbir yang berinsentifkan teknologi, sensor dan peranti.

Katanya, di samping itu juga, TM selaku rakan strategik telah membantu MBI dalam mengadaptasi pelbagai Smart Solution dan dengan kerjasama jitu.

Dalam pada itu, Rumaizi berkata, sehingga kini, liputan rangkaian 5G di kawasan pentadbiran MBI telah mencapai 42 peratus kemajuan kerja. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI