fbpx

Bandar Baharu dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Bandar Baharu sedang melakukan kerja pemantauan kawasan banjir kilat di Kampung Kilang Batu dalam Mukim Relau, Bandar Baharu, hari ini.

BANDAR BAHARU – Sebanyak 15 buah rumah dilanda banjir kilat berikutan air sungai melimpah selepas hujan lebat melebihi dua jam melanda daerah ini, hari ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam  (APM) Daerah  Bandar Baharu, Leftenan  (PA) Abdul Rahim Bin Khairuddin berkata sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan Relau bagi menempatkan tiga keluarga.

Katanya, kawasan yang dilanda banjir kilat ialah di Kampung Paya Semambung, Kampung 300 Kaki, dan Kampung Kilang Batu dalam Mukim Relau melibatkan 12 buah rumah  dan di Kampung Tengah dalam Mukim Serdang melibatkan dua buah rumah yang terjejas.

“Sebuah rumah di Kampung Balai Lama dalam Mukim Sungai Kechil Ilir terjejas akibat banjir kilat.

“Punca banjir kilat berlaku ialah hujan lebat berlaku di kawasan terbabit bermula pukul 3 petang  dan berlarutan sehingga melebihi dua jam sehingga menyebabkan air dari kawasan bukit dan sungai mulai melimpah ke kawasan rendah,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Abdul Rahim lagi, paras air sungai sudah menurun di dua mukim cuma di Kampung Tengah Dalam Mukim Relau paras air sungai semakin  meningkat dan sebuah PPS akan dibuka di Sekolah Kebangsaan Relau bagi menempatkan tiga buah keluarga dari Kampung 300 Kaki dan Kilang Batu.

Katanya, sebuah keluarga dari Kampung kilang Batu melibatkan tujuh mangsa dan dua buah keluarga dari Kampung 300 Kaki juga melibatkan tujuh mangsa. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI