fbpx

TH tawar hadiah wang tunai, pakej umrah bernilai RM500,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) menawarkan hadiah wang tunai dan 25 pakej umrah bernilai RM500,000 menerusi Kempen Cabutan ‘Setia dan Menang’ dan ‘Simpan, Daftar serta Menang Kelab TaHa’ yang bermula pada 1 Februari 2023 hingga 31 Januari 2024.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, aktiviti seumpama ini diadakan bagi memupuk dan membudayakan tabiat menabung serta membuat perancangan kewangan bagi tujuan menunaikan ibadat haji.

Katanya, ia adalah sebagai salah satu cara TH menghargai kesetiaan pendepositnya yang telah lama menyimpan di TH.

“Pendeposit TH yang berumur 18 tahun dan ke atas berpeluang menyertai cabutan Setia dan Menang apabila mempunyai baki akaun sekurang-kurangnya RM10,000 dan mengekalkan simpanan mereka sepanjang tempoh kempen serta membuat pendaftaran haji bagi yang belum mendaftar haji.

“Simpan, Daftar dan Menang Kelab TaHa pula terbuka kepada semua pendeposit muda berumur di bawah 18 tahun. Pendeposit hanya perlu mendeposit sekurang-kurangnya RM5,000 dan mengekalkan simpanan bersih minimum RM5,000 dalam akaun TH serta membuat pendaftaran haji bagi yang masih belum mendaftar haji” katanya.

Tambahnya, menerusi cabutan Setia dan Menang, hadiah berupa wang tunai dan pakej umrah bernilai RM400,000 ditawarkan dan wang tunai bernilai RM100,000 pula kepada pendeposit TH yang menyertai cabutan Simpan Daftar dan Menang Kelab TaHa.

“Kedua-dua kempen ini merupakan inisiatif TH sebagai galakan kepada umat Islam di Malaysia membuka akaun, menabung dan menambah simpanan untuk keperluan urusan haji dan kegunaan di masa hadapan”, ujarnya.

Jelasnya, pada 20 Januari lalu, seramai 154 pendeposit bertuah telah memenangi hadiah bagi cabutan akhir kempen Simpan, Daftar dan Menang dan kempen Simpan, Daftar dan Menang Kelab TaHa bagi tahun 2022.

Amrin berkata, senarai penuh penerima cabutan bertuah kempen Simpan, Daftar dan Menang serta kempen Simpan, Daftar dan Menang Kelab TaHa boleh rujuk di laman sesawang dan Facebook TH.

“Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan Tabung Haji (THCC) di talian 03-6207 1919,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI