fbpx

NGO, penduduk bantah laporan EIA tambakan baru Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poay Tiong (tengah) bersama wakil NGO dan penduduk menyerahkan surat bantahan kepada JAS di Menara Persekutuan, Melaka, hari ini.

MELAKA – DAP negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan wakil penduduk hari ini menyerahkan surat bantahan terhadap Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) cadangan projek tambakan laut seluas 1,190 ekar bagi pembangunan pelabuhan laut dalam dan terminal pelayaran antarabangsa.

Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, surat tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan menyenaraikan 16 sebab bantahan termasuk isu alam sekitar, keperluan pelabuhan baharu, dua terminal pelayaran berhampiran dan impak terhadap aliran trafik di Melaka.

Jelasnya, projek sebesar 889 padang bola sepak itu dibimbangi akan menjejaskan 230,000 penduduk berhampiran bermula dari Perkampungan Portugis, Ujong Pasir dan Serkam.

“Sekurang-kurangnya 15 perkampungan nelayan terkesan dengan projek ini dan akan menjejaskan pendapatan 500 nelayan, dahulu projek Melaka Gateway dikatakan akan mewujudkan 14,000 peluang pekerjaan tetapi sampai hari ini masih belum siap.

“Malah, projek itu hanya merosakkan alam sekitar dan masa sama Pulau Besar yang akan digazetkan sebagai taman laut turut terkena tempias kerana kedudukannya yang berdekatan dengan tapak projek,” katanya pada sidang akhbar penyerahan surat bantahan kepada JAS di Menara Persekutuan di sini, hari ini.

Beliau turut mempertikaikan pembinaan pelabuhan laut dalam bertaraf antarabangsa yang menjadi tanda tanya kerana Melaka sudah memiliki dua pelabuhan iaitu Pelabuhan Tanjung Bruas dan Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI