PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia sedang memantau perkembangan semasa berhubung insiden pengeboman bunuh diri di sebuah masjid di Pakistan baru-baru ini.
Wisma Putra menerusi satu kenyataan berkata, Malaysia mengutuk keras peristiwa berdarah itu yang turut membunuh sejumlah 100 orang selain kira-kira 150 individu lain pula mengalami kecederaan parah.
“Kerajaan Malaysia mengucapkan rasa simpati kepada kerajaan dan rakyat Pakistan. Pada masa sama, Malaysia mengulangi pendirian tegas untuk kekal menolak sebarang bentuk dan manfestasi keganasan serta aktiviti terorisme,” katanya, hari ini.
Wisma Putra berkata, kerajaan Malaysia berdiri teguh menyokong solidariti dengan saudara di negara berkenaan dan menyeru pelaku dibawa ke muka pengadilan.
“Setakat ini, tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tersebut namun mereka yang mendaftar dengan pihak Suruhanjaya Tinggi di Islamabad diseru berbuat demikian,” jelasnya.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Diplomatic Enclave itu boleh dihubungi menerusi e-mel [email protected] atau nombor telefon talian kecemasan khas +92 344 8555590. – KOSMO! ONLINE














