fbpx
Adly (duduk kiri) menziarahi veteran ATM Safaruddin di kediamannya di Taman Semarak, Kajang hari ini.

Kementerian Pertahanan bina 40 rumah percuma untuk veteran ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KAJANG – Kementerian Pertahanan akan membina sebanyak 40 buah rumah secara percuma untuk veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi program Inisiatif Rumah Peduli Veteran sepanjang tahun ini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, rumah berkeluasan 850 kaki persegi merangkumi tiga bilik tidur dan sebuah bilik air itu bernilai kira-kira RM85,000 sebuah.

“Kita bina rumah ini untuk veteran ATM yang tidak berkemampuan (membeli rumah), tetapi mereka ada tanah.

“Bagi yang tiada tanah, tetapi ada ahli keluarga benarkan (rumah dibina atas tanah mereka untuk veteran ATM terlibat), kita binakan.

“Kita terima banyak permohonan dan kita nilai yang benar-benar layak termasuk pendapatan, tanggungan anak yang ramai,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas melawat dan menyampaikan sumbangan kepada veteran ATM, Koperal (B) Safaruddin Suhaimi, 62, di kediamannya di Taman Semarak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN