fbpx

Ribut petir, hujan lebat hampir di seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir hampir di seluruh negara pada petang ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan ribut petir yang dijangka melanda kawasan terlibat sehingga pukul 7 malam ini.

Antara negeri yang dikenakan amaran ribut petir berkenaan ialah beberapa daerah di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang dan Negeri Sembilan serta seluruh negeri Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Melaka, Sarawak dan Sabah.

“Ribut petir dan hujan lebat diramalkan melanda daerah Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.

“Di Perak pula keadaan sama dijangka berlaku di Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim,” katanya di sini hari ini.

Selain itu, turut dikenakan amaran sama ialah daerah Dungun dan Kemaman di Terengganu.

“Di Pahang pula, cuaca sama diramal berlaku Jerantut, Maran dan Kuantan.

“Cuaca buruk juga boleh berlaku di Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau, Negeri Sembilan,” ujarnya.

Tambah kenyataan itu katanya, keadaan ribut petir serta hujan lebat juga dijanka melanda daerah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong, Sarikei, Sibu, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau) di Sarawak.

“Cuaca buruk itu juga diramalkan berlaku di Pedalaman (Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau, dan Tambunan), Pantai Barat dan Sandakan (Telupid dan Sandakan),” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI