fbpx

Azmin Ali bakal MB Selangor?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmin Ali

SHAH ALAM – Perikatan Nasional (PN) tidak menolak kemungkinan mencalonkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor jika berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

Timbalan Pengarah Jentera Pilihan Raya  PN Selangor, Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi berkata, peluang sentiasa terbuka kepada bekas Menteri Besar itu untuk kembali menerajui pentadbiran negeri ini namun, keputusan itu terserah kepada kebijaksanaan kepimpinan PN dalam menentukan calon terbaik menjawat jawatan penting tersebut.

“Insya-Allah, pengalaman beliau mampu ke arah itu dan membantu kemenangan kita di Selangor nanti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas Zulkafperi, Mohamed Azmin yang juga Ketua Penerangan PN bagaimanapun berdepan tugas berat mempertahankan kerusi DUN Bukit Antarabangsa yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Kerusi DUN itu dijangka sengit kerana pengundi Melayu tidak sampai 50 peratus dan ia semestinya sukar.

“Kita tidak menolak kemungkinan sama ada  beliau kekal di kerusi Bukit Antarabangsa atau memilih DUN lain yang mungkin berpihak kepada PN,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kesiapsiagaan jentera PN ketika ini pada tahap terbaik dan yakin mampu memenangi sebanyak 33 kerusi DUN Selangor nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI