fbpx

Video pelik anteater ada dua kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rakaman video pada minggu lalu menunjukkan seekor anteater mempunyai dua ‘kepala’ di Zoo Franklin Park, Boston, Massachusetts. - Foto Twitter/ @buitengebieden

BOSTON –  Satu klip video menunjukkan seekor haiwan mamalia pemakan semut dikenali sebagai anteater mempunyai dua kepala dan dirakam di sebuah zoo di Boston, Amerika Syarikat (AS) menyebabkan netizen berasa hairan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Klip video itu dikongsi di laman Twitter minggu lalu. Ia menunjukkan haiwan tersebut makan daripada sebatang kayu balak tetapi mempunyai satu lagi kepala putih yang berbulu.

Haiwan tersebut menggerakkan muncungnya di sepanjang kulit kayu balak itu, dengan ‘kepala’ kedua mengikutinya secara serentak.

Video tular itu disiarkan di Twitter oleh pengguna, @buitengebieden.

Rakaman itu mendapat lebih 26 juta tontonan. Klip video itu dirakam di Zoo Franklin Park, Boston, Massachusetts.

Seorang netizen berkata: “Saya fikir ia mempunyai dua kepala. Saya mengambil masa lima minit untuk memastikan saya masih waras, manakala seorang lagi berkata klip video ini membuatkan saya tidak waras”.

“Saya masih tidak faham apa yang berlaku. Makhluk berkepala dua, Seekor anteater dan seekor lagi kambing. Tiga kaki dan ekor merak? Kenapa  ia seperti memakai kasut?,” tambah netizen lain.

Sebenarnya, anteater tersebut mempunyai hanya satu kepala,  manakala kepala kedua yang dilihat itu ialah kaki kirinya dan ia merupakan bentuk penyamaran haiwan tersebut.

Haiwan itu mempunyai kaki yang kelihatan seolah-olah mempunyai hidung dan mata. Ia  merupakan penyamaran pintar untuk menakutkan haiwan pemangsa lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI