fbpx

Pelanggan terkejut, nasi kerabu ‘lauk’ dawai kokot

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi wanita terbabit memaparkan terdapat beberapa dawai kokot di dalam nasi kerabu yang dibelinya.

PETALING JAYA – Seorang wanita nyaris mengalami kecederaan apabila nasi kerabu yang dibelinya menerusi sebuah aplikasi dalam talian mengandungi dawai kokot.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, wanita itu berkata, dia menemui dawai kokot itu berada di dalam nasi kerabunya ketika sedang mengunyah makanan itu.

“Jumpa masa tengah makan tadi, tengah mengunyah ingat tulang, rupanya (dawai kokot). Terus report (buat laporan) di aplikasi penghantaran makanan, dan terus dihubungi.

“Ingat satu je (dawai kokot) tapi apabila cari-cari lagi dalam nasi semua ada 10 dawai kokot ditemui,” tulisnya.

Susulan perkongsian wanita itu, rata-rata netizen kecewa dengan peniaga yang cuai dengan aspek keselamatan dan kebersihan semasa mengendalikan makanan.

“Masa amik kursus pengendalian makanan, dah diberitahu, dawai kokot, lidi atau benda benda yang boleh menyebabkan masalah, memang tidak dibenarkan dalam pembungkusan makanan. Kalau buat laporan kepada pejabat kesihatan, mesti akan dikenakan tindakan,”tulis Puteryy Ezzah.

Pada masa sama, netizen berkata, kecuaian tersebut boleh mendatangkan kecederaan serius sehingga boleh menyebabkan kematian dan mereka mahu tindakan tegas dikenakan kepada peniaga.

“Ini kalau kena boleh maut ni masuk dalam perut,” kata Tann Ilyas.

“Kasi report (buat laporan) jangan biarkan, kerana ini boleh menyebabkan penyakit kepada mereka yang termakan,” ujar Sayur Kangkung. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI