fbpx

Jerman juara Piala Dunia Hoki 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain Jerman meraikan kejayaan menjuarai Piala Dunia Hoki 2023 selepas menewaskan Belgium pada aksi final di Stadium Kalinga sebentar tadi. - FARIZ RUSADIO

BHUBANESWAR – Jerman mencipta kebangkitan apabila menewaskan juara bertahan, Belgium 5-4 menerusi penalti shoot-out selepas terikat 3-3 pada final Piala Dunia Hoki 2023 di Stadium Kalinga sebentar tadi.

Ia sekali gus menamatkan penantian 17 tahun Jerman untuk bergelar juara dunia sejak edisi Monchengladbach 2006 dan juga gelaran ketiga selepas mula memenanginya di Kuala Lumpur pada 2002.

Lebih manis, kejayaan itu hadir walaupun Jerman terlebih dahulu ketinggalan dua gol kepada Red Lions dalam tempoh 11 minit pertama hasil jaringan Florent van Aubel dan Tanguy Cosyns.

Kebangkitan Jerman, No.3 dunia, bermula pada minit ke-29 menerusi jaringan Niklas Wellen sebelum bintang naturalisasi negara itu, Gonzalo Peillat menyamakan kedudukan pada penghujung suku masa ketiga.

Jerman kemudiannya meledak gol ketiga melalui Mats Grambusch pada minit ke-48 sebelum Tom Boon menyamakan kedudukan 3-3 buat Belgium, No.2 dunia, seminit sebelum tamat perlawanan.

Impian Jerman untuk kembali menjulang trofi Piala Dunia akhirnya tercapai selepas menang 5-4 dalam penentuan penalti shoot-out.

DUA pemain Belanda menyekat kemaraan Tom Craig (tengah) dari Australia pada penentuan tempat ketiga dan keempat di Stadium Kalinga hari ini. – FARIZ RUSADIO

Tempat ketiga menjadi milik Belanda selepas menewaskan pasukan No.1 dunia, Australia 3-1 pada penentuan tempat ketiga dan keempat hari ini.

Dalam aksi itu, Kookaburras terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Jeremy Hayward pada minit ke-13 sebelu Belanda bangkit dengan tiga gol dalam tempoh tujuh minit.

Kebangkitan The Oranje bermula menerusi pukulan sudut penalti Jip Janssen (m-33) dan dua jaringan padang Thierry Brinkmann pada minit ke-35 serta 40. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI