fbpx

Gopal Sri Ram bagai bapa dalam unit pendakwaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gopal Sri Ram

KUALA LUMPUR – Barisan pendakwaan menyifatkan Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram bagaikan seorang bapa dan ketua dalam unit pendakwaan kes berprofil tinggi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perkara itu, dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib ketika sambung bicara kes 1MDB itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

“Mendiang adalah ketua pasukan kami dan dia seperti bapa kepada kami semua.

“Sehubungan dengan kematian mengejut mendiang semalam, kami dengan rendah hati memohon untuk mahkamah membenarkan penangguhan hari ini atas dasar pasukan selain akan berbincang bagi tujuan pengagihan semula pelbagai fokus kerja,” katanya sebak.

Pada masa sama, Ahmad Akram turut memaklumkan pihak pendakwaan akan ke upacara penghormatan terakhir kepada mending esok.

Dalam pada itu, peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengucapkan takziah kepada pasukan pendakwaan.

Menurutnya, pasukan pembelaan tidak membantah penangguhan prosiding bagi memberi penghormatan kepada mendiang.

Mendengar perkara itu Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menangguhkan perbicaraan pada hari ini dan esok.

“Mahkamah menetapkan Khamis dan Jumaat ini bagi sambung perbicaraan,” kata hakim itu.

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Semalam, Gopal Sri Ram ,79, dilaporkan meninggal dunia selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta kerana jangkitan paru-paru minggu lalu.

Untuk rekod, mendiang yang berusia mengetuai pendakwaan perbicaraan kes 1MDB Najib.

Selain kes Najib, mendiang juga turut mengetuai pendakwaan bagi kes rasuah isteri Datin Seri Rosmah Mansor membabitkan projek solar hibrid dan pengubahan wang haram berjumlah RM7 juta.

Pada prosiding lalu, bekas Pengurus Perhubungan Ambank, Joanna Yu Ging Ping, mengaku gagal menguruskan akaun peribadi Najib apabila tidak berhubung terus dengan bekas perdana menteri itu berhubung transaksi dalam akaun miliknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI