fbpx

Semangat! Sissy Imann muncul di Famili Duo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selepas insiden dimarah Mas Idayu minggu lalu sehingga meruntuhkan semangatnya, Sissy Imann membuat kemunculan pada minggu separuh akhir Famili Duo, sebentar tadi.

SHAH ALAM – Tiada lagi teka-teki, Sissy Imann yang melalui tempoh terburuk selepas insiden menangis akibat ditegur juri tetap, Mas Idayu, pada program Famili Duo pada minggu lalu kembali ke program realiti tersebut, malam ini.

Penyanyi itu dan sepupunya, Naim Daniel membawakan lagu duet nyanyian asal Datuk M. Daud Kilau dan Ezlynn berjudul Pening bagi tema Lagenda/Idola pada minggu ketujuh pertandingan berkenaan.

Sebelum ini, pemilik nama penuh Sissy Imann Mohammad Kamil itu mendiamkan diri beberapa hari selepas menerima komen pedas dan lantang Mas Idayu sehingga menangis.

Malah dia turut memaklumkan tidak mampu membantu rakan duonya merancang konsep persembahan minggu ini sekali gus mencetuskan tanda tanya sama ada dia meneruskan persaingan atau mengundur diri.

Begitupun, penyanyi merangkap komposer berusia 28 tahun itu kembali bersaing dan malam ini dia bersama Naim menjadi peserta yang mendapat giliran ketujuh melakukan persembahan.

Pentas Famili Duo separuh akhir malam ini menyaksikan empat pasangan duo yang menduduki markah tertinggi bakal mara ke pusingan akhir minggu depan.

Pasangan peserta yang memiliki hubungan kekeluargaan dalam program tersebut akan bertanding merebut hadiah utama bernilai RM100,000.

Enam pasangan lain adalah Bella Astillah dan Wani Kayrie (sepupu); Ayda Jebat dan Fyna Jebat (adik-beradik), Sabhi Saddi dan FareedPF K-Clique (adik-beradik), Ara Johari dan Shafiq Erwin (sepupu), Siti Sairah dan Siti Saida (adik-beradik) serta Yamani Abdillah dan Zaki Yamani (adik-beradik). – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI