fbpx

MAIWP belanja RM100 juta untuk pendidikan anak-anak asnaf tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAIWP) telah membelanjakan dana kira-kira RM100 juta bagi keperluan dan pendidikan kepada lebih 40,000 anak-anak golongan asnaf

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membelanjakan dana kira-kira RM100 juta bagi keperluan dan pendidikan kepada lebih 40,000 anak-anak golongan asnaf sepanjang tahun lalu.

Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar berkata, langkah tersebut diambil bagi memastikan tiada anak-anak asnaf yang tercicir dari digitalisasi pendidikan dengan menyediakan kemudahan tablet dan wifi percuma kepada golongan itu.

Beliau berkata, jumlah terbabit adalah sebahagian daripada RM 855,519,208.03 dana zakat yang diagihkan menerusi skim Bantuan MAIWP dengan jumlah penerima sebanyak 220,769 penerima.

Selain itu katanya, MAIWP setiap bulan telah mengagihkan bantuan kewangan bulanan berjumlah RM500 sehingga RM1,000 kepada lebih 30,000 penerima terdiri daripada golongan asnaf fakir, miskin dan saudara baru.

“Pada masa sama, MAIWP turut bekerjasama dengan pusat latihan dan pemain industri bagi menyediakan program latihan industri dengan jaminan kerjaya kepada anak-anak asnaf.

“Seramai 351 asnaf dengan peruntukan empat RM4.3 juta dana zakat telah diperuntukkan bagi membiayai kursus dan latihan kemahiran ini sebelum anak-anak ini diserap dalam dunia pekerjaan yang sebenar.

“Program latihan kemahiran bersama jaminan pekerjaan akan menjadi fokus utama untuk kelestarian asnaf di masa mendatang,” katanya ketika menyampaikan ucapan di Karnival MAIWP 2023 di Dataran Merdeka di sini.

Karnival tersebut telah disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pada majlis berkenaan, Al-Sultan Abdullah turut turut berkenan mengurniakan sijil penghargaan, plak serta cek berjumlah RM3,000 kepada Ikon Usahawan Maiwp, Robiatul Adawiah Ibrahim dan Ikon Pendidikan Maiwp, Dr. Muhammad Ameerullah Sahudin.

Selain itu, karnival tersebut juga akan turut dimeriahkan dengan Majlis Walimatul Urus Perdana yang akan diadakan esok melibatkan 100 pasangan pengantin yang terdiri daripada asnaf fakir, miskin dan saudara baru.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI