fbpx

Cubaan seleweng 1,148 liter diesel subsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lori yang digunakan dalam percubaan untuk menyeleweng diesel bersubsidi di Ipoh semalam

IPOH – Seorang lelaki ditahan bersama sebuah lori yang membawa 1,148 liter minyak diesel bersubsidi dipercayai cuba diseleweng di sebuah stesen minyak di Jalan Tun Abdul Razak di sini semalam.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, lelaki berusia 51 tahun itu ditahan ketika sedang mengisi minyak sekitar pukul 8.20 pagi.

Katanya, penahanan dilakukan selepas lori terbabit didapati mengisi diesel dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut ke atas lori itu mendapati terdapat sebuah tangki fiber segi empat yang disyaki berisi barang kawalan berjadual iaitu diesel disimpan di dalam kenderaan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan, pemandu lori itu telah gagal mengemukakan sebarang dokumen atau permit khas berkaitan pembelian barang kawalan,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan juga mendapati lori berkenaan membuat pembelian minyak diesel dengan had yang dibenarkan secara berulang kali bagi mengaburi pihak berkuasa.

Katanya, minyak berkenaan akan disalurkan kepada tangki fiber segi empat yang berada di dalam lori yang ditutup kanvas itu.

“Sebanyak 1,148 liter minyak disyaki diesel bersama tangki fiber segi empat, lori, peralatan pam telah disita. Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM31,468.20.

“Tindakan juga diambil terhadap pemilik stesen minyak kerana melanggar syarat lesen iaitu membenarkan pembeli
membeli minyak dan memasukkan ke dalam selain tangki kenderaan,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 1974. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI