fbpx

Amaran hujan lebat di 10 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang di 10 negeri pagi ini.

Menerusi satu kenyataan di laman laman sesawangnya MetMalaysia memaklumkan, antara negeri yang terlibat adalah Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melak, Johor, Sarawak, Sabah dan WP Labuan.

“Di Perak melibatkan Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim serta seluruh negeri di Selangor, WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.

“Di Negeri Sembilan pula melibatkan daerH Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin manakala Melaka di seluruh negeru dan Johor di dua daerah melibatkan Tangkak dan Muar,” kata kenyataan itu.

Turut menerima amaran sama di Sarawak adalah di Sibu (Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah) dan Bintulu; Sabah di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang dan Kota Kinabalu) serta WP Labuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI