fbpx

Sebaik-baik sedekah undi untuk Islam – Nik Abduh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Mohamad Abduh.

PETALING JAYA – Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyifatkan sebaik-baik sedekah lima tahun sekali adalah undi untuk Islam.

Menurut beliau, niat mengundi parti yang berjuang demi menegakkan Islam langsung menuju Allah tidak akan sempat dipintas atau disambar kebaikan atau kejahatan manusia.

“Lima tahun sekali, sebaik-baik sedekah adalah undi untuk Islam. Ia bahkan jual beli dengan Allah.

“Selepas undimu itu, sebaik-baik sedekahmu adalah wang yang engkau belanjakan di jalan agama.

“Ketahuilah, dengan sedekah di jalan Allah, kita mampu mengalahkan gejala rasuah dalam negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau dipercayai mengulas kontroversi berhubung dakwaan berlaku pemberian wang tunai kepada pengundi sewaktu kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang baru-baru ini dilapor mempertahankan pengagihan wang oleh segelintir individu kepada pengundi ketika PRU15 dengan mendakwa ia adalah sedekah.

Beliau dipetik sebagai berkata, pemberian itu adalah hak orang awam yang ingin memberikan sumbangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI