fbpx

JBPM pantau luruan monsun hingga minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej gema radar.

KUALA TERENGGANU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan memantau lokasi berisiko selepas cuaca buruk diramal melanda beberapa buah negeri sehingga 2 Februari ini.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, pihaknya telah mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya hujan yang dijangka turun berterusan ekoran fenomena luruan monsun itu bakal mencetuskan banjir.

Sehubungan itu, beliau memberitahu JBPM kini sentiasa mengikuti rapat ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia dan memantau paras air sungai-sungai berisiko.

“Mulai 27 Januari hingga 2 Februari ini, hujan lebat diramal melanda Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor manakala angin kencang dan laut bergelora pula di beberapa lokasi di Sabah dan Sarawak.

“JBPM akan memantau kawasan panas di negeri-negeri terbabit dan akan memindahkan mangsa lebih awal jika keadaan semakin buruk,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohammad Hamdan memberitahu, setakat ini, lebih 12,000 mangsa banjir telah dipindahkan ke 86 buah pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan empat buah negeri.

Jelas beliau, Sabah merekodkan mangsa teramai terkesan iaitu 6,400 orang manakala Johor pula 5,400 orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI