fbpx

Biar polis siasat dakwaan ganggu ceramah Muda – Saifuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin beramah mesra dengan tetamu yang hadir pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Tahun Baharu 2023. - FOTO/ FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak akan campur tangan berhubung siasatan kes pembantu Ahli Parlimen Bentong, Noor Suhana Ishak dan Setiausaha Akhbar Menteri Ekonomi, Farhan Iqbal.

Menurutnya, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada polis bagi menyiasat lanjut kes itu.

“Saya serahkan kepada kebijaksanaan pihak polis untuk menggunakan peruntukan undang-undang yang mereka rasakan sesuai.

“Saya tidak berhajat untuk mencampuri perkara itu,” katanya pada sidang akhbar selepas Amanat Tahun Baharu Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.

Semalam, Noor Suhana dan Farhan dipanggil polis bagi membantu siasatan berkaitan ciapan di Twitter yang mendakwa Pemuda UMNO mengganggu ceramah Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda).

Noor Suhana berkata, dia dipanggil untuk dirakam keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul manakala, Farhan pula di IPD Putrajaya hari yang sama.

Pada 17 Oktober tahun lalu, media melaporkan ceramah Muda dicemari insiden provokasi sekumpulan lelaki berbaju hitam dalam kejadian di Muar, Johor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI