fbpx

Kerajaan Johor salur RM300 buat mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN Hafiz Ghazi menyampaikan sumbangan banjir daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor kepada mangsa banjir di PPS Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah, Labis, Segamat.

SEGAMAT – Setiap keluarga yang terjejas banjir di negeri ini akan menerima bantuan RM300 daripada kerajaan negeri supaya sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban mereka.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyampai berita gembira tersebut ketika melawat Pusat Pmindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah, Labis, di sini, petang tadi.

“Bagi setiap keluarga mangsa, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan beri RM1,000 dan insya-Allah, kerajaan negeri akan tambah RM300 lagi bagi setiap keluarga,” kata kepada pemberita di sini, hari ini.

Mengulas mengenai situasi banjir di Johor, beliau berkata setakat pukul 4 petang tadi, beberapa PPS sudah pun ditutup dan berkurangan kepada 53 buah PPS berbanding 58 PPS yang direkodkan semalam.

“Mangsa banjir juga berkurangan daripada lebih 5,000 kepada 5,111 (4 petang). Segamat masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 1,468 mangsa daripada 428 keluarga yang menghuni di 17 buah PPS, diikuti Mersing dan Kota Tinggi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI