fbpx

Op Selamat 19: 1,649 kemalangan direkod hari ketujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,649 kes kemalangan direkodkan pada hari ketujuh Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina di seluruh negara hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, statistik kemalangan itu membabitkan 2,002 buah kenderaan.

“Berdasarkan statistik diperoleh, kemalangan jalan raya telah melibatkan 1,492 buah kereta, kenderaan pacuan empat roda (269), motosikal (168), van (30), lori (28), bas (11), teksi (tiga) dan satu basikal ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, JSPT melaporkan sebanyak 1,312 kemalangan berlaku diseluruh negara serta membabitkan 1,603 kenderaan pada hari keenam. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI