fbpx

Banjir: Sabah catat 166 mangsa di dua daerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APM melaksanakan tinjauan banjir di daerah Paitan pagi tadi. Ihsan APM

KOTA KINABALU – Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan seramai 79 penduduk terjejas banjir daripada 21 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Pitas setakat pukul 11 pagi tadi.

Selain itu, 87 mangsa daripada 20 keluarga lagi ditempatkan di dua PPS di daerah Paitan sekali gus menjadikan mangsa banjir di Sabah setakat pagi ini meningkat kepada 166 orang daripada 41 keluarga.

Keadaan banjir di Kampung Pinapak, Pitas di Sabah hari ini.

“Dua PPS dalam daerah Paitan iaitu Dewan Kampung Kubambangan menempatkan 38 mangsa daripada 10 keluarga manakala 49 mangsa daripada 10 keluarga berada di Dewan Kampung Batangon Darat.

“Tiga PPS di Pitas iaitu Rumah Ketua Kampung Sinasak Batu menempatkan 18 mangsa daripada enam keluarga, Surau Kampung Sibuang (38 mangsa, sembilan keluarga) dan Dewan Kampung Kusilad (23 mangsa, enam keluarga).

“Bencana banjir berlaku disebabkan hujan lebat berterusan bermula pagi semalam. Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan dijangka meningkat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pegawai Daerah Kota Marudu, Alexander Yong berkata, Bilik Gerakan Bencana Alam Daerah telah dibuka berkuat kuasa pukul 3 pagi hari ini, manakala Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) digerakkan untuk beroperasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI