fbpx

Tahanan kes samun lolos, polis buru Mohammad Roshaidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Roshaidi.

JASIN – Polis memburu seorang tahanan lelaki terlibat dengan kes samun yang meloloskan diri daripada Penjara Pusat Koreksional Jasin, Lipat Kajang, di sini petang tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Asisten Superintendan Mohd. Fadzli Othman berkata, Mohammad Roshaidi Mohd. Ghazali, 43, dikesan hilang dari tahanan oleh pihak warden pada pukul 2.20 petang tadi.

“Suspek merupakan tahanan kes samun dan sedang menjalani Program Reintegrasi Penghuni di pusat tahanan tersebut.

“Bagaimanapun, dia disedari hilang dan laporan polis dibuat pada pukul 7.03 petang tadi oleh pengadu selepas dimaklumkan mengenai kejadian ketika berada di Pejabat Pegawai Yang Bertugas (PYB) giliran awal Pusat Koreksional Jasin,” katanya.

Tambahnya, Mohammad Roshaidi melarikan diri dengan memakai baju banduan berwarna hijau serta berselipar.

“Pihak polis telah memulakan gerakan mencari banduan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 223 dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung suspek boleh menghubungi mana-mana balai polis yang berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI