fbpx

Netizen cabar Mas Idayu masuk Gegar Vaganza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI tidak berpuas hati dengan cara penjurian Mas Idayu kerana memarahi serta menjerit ketika memberi komen sebagai juri Famili Duo.

PETALING JAYA – Susulan rasa tidak puas terhadap cara penjurian Mas Idayu pada minggu keenam Famili Duo baru-baru ini, netizen mendesak agar penyanyi dangdut itu menyertai program nyanyian terkenal, Gegar Vaganza (GV).

Cadangan tersebut disuarakan netizen kerana mereka mahu melihat sejauh atau sehebat mana nyanyian penyanyi itu sementelah dia kerap menghentam peserta dalam beberapa buah program realiti sebelum ini.

“Saya cabar Mas Idayu masuk Gegar Vaganza! Kalau berani, masuklah!

“Retweet (ulang kicau) tanda setuju. Like (suka) tanda setuju juga tapi dalam bukan versi retweet,” tulis seorang pengguna Twitter, @NaufalAntezem.

Perkongsian tersebut menuai reaksi daripada netizen lain yang bersetuju sekiranya Mas Idayu menyertai GV kerana mereka tidak sabar melihat dia pula menerima komen dan kritikan daripada juri.

Bagaimanapun, terdapat juga balasan beberapa netizen yang berseloroh membayangkan situasi sekiranya penyanyi itu benar-benar menjadi peserta GV.

“Risau tak sempat juri nak komen, dia dah komen juri dulu,” balas seorang pengguna.

“Dia masuk Ceria Popstar pun tak lepas minggu kedua,” seloroh netizen lain.

Sementara itu, sejak isu membabitkan Mas Idayu tular, media sosial mula dibanjiri beberapa video lama penyanyi itu.

Antaranya sebuah video ketika dia menjadi juri bagi sesi uji bakat sebuah program realiti beberapa tahun lalu.

Dalam video berkenaan, seorang peserta lelaki mempersoalkan adakah dia boleh menyanyi dan suaranya sedap.

“Throwback (imbau kembali),” tulis netizen yang memuat naik video berkenaan dalam Twitter.

Beberapa hari lalu, dunia hiburan dipanaskan dengan kejadian Mas Idayu yang mengkritik cara nyanyian Sissy Iman dan Naim Daniel pada minggu keenam Famili Duo.

Kedua-dua penyanyi itu menyampaikan lagu Jampi dalam versi keroncong, namun Mas Idayu tidak menyukai persembahan tersebut selain berpendapat nyanyian mereka terlalu kasar untuk irama berkenaan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI