fbpx

Kenapa manusia ini zalim? Bapa Sissy Iman menangis doakan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAPA Sissy Imann, Mohammad Kamil hiba apabila anaknya itu membatalkan pelancaran album baharu akibat patah hati susulan kritikan teruk yang diterima dalam Famili Duo.

PETALING JAYA – Teguh berdiri di belakang Sissy Imann, bapa penyanyi itu Mohammad Kamil Moustaffa tetap menerima setiap kekurangan mahupun kelebihan anaknya dengan hati terbuka.

Biar apa pun yang diperkatakan mengenai permata hatinya itu, di mata seorang bapa, penyanyi dan komposer tersebut tetap yang terbaik.

“Baik atau buruk, awak sentiasa menjadi yang terbaik buat saya,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.

Kata-kata positif tersebut sebagai tanda sokongan buat Sissy yang sedang patah semangat selepas menerima kritikan pedas Mas Idayu dalam program Famili Duo malam kelmarin.

Begitu pun, lelaki berusia 59 tahun itu mengakui hatinya hiba sebaik anaknya itu membatalkan majlis pelancaran album sulung yang dirakamkan di The Abbey Studio, London berikutan kekecewaan dengan insiden dalam Famili Duo.

“Runtun hati ini apabila membaca keputusan yang dikongsi dalam Instagramnya. Kenapa ada manusia zalim? Impaknya amat besar hingga boleh memusnahkan impian seorang ayah yang mahu lihat anaknya berjaya. Bertahun aku tunggu,” katanya.

Pada masa sama, Mohammad Kamil bersyukur apabila masih ramai insan berhati mulia memberikan sokongan tidak berbelah bagi.

“Kasih sayang tanpa syarat. Berlinang air mata aku tanpa membaca membaca komen dan doa yang baik tanda sokongan kepadanya. Masya-Allah, aku hanya mampu berdoa,” luahnya lagi

Sebelum itu dia turut mengimbas perjalanan kerjaya muzik dan nyanyian Sissy seawal usia lima tahun yang kemudian berguru dengan Datuk Syafinaz Selamat.

“Ketika berusia lima tahun dia (Sissy) pernah dimarahi Pak Longnya kerana suka menjerit. Aku terasa hati tetapi aku tak marah kerana tahu itu salah dia.

“Aku ambil guru vokal untuk mengajar Sissy kawal suara supaya tiada orang marah dia lagi. Tak sangka dengan bantuan guru vokal yang sabar, Datuk Syafinaz Selamat, pada usia 16 tahun dia dipilih menyertai Koir Kebangsaan.

“Paling membanggakan dan aku rasakan pelaburan berbaloi apabila Sissy membawa pulang tiga trofi kemenangan bagi kategori vokal di Festival Koir Antarabangsa Bali yang bertaraf dunia,” kongsinya.

Mengenai kerja rakaman di studio yang pernah menjadi tempat kumpulan ikonik The Beatles merakam album, kata Mohammad Kamil anaknya itu melaburkan simpanan selama 10 tahun demi merealisasikan impiannya.

“Sebelum ke London dia buat pembentangan untuk dapatkan bajet. Paling menyentuh hati bila dia cakap sepanjang sembilan tahun dia tak pernah beli beg tangan mewah, boleh tak kakak (Sissy) guna bajet rakam lagu di London?

“Katanya itulah kemuncak impian seorang penyanyi, komposer, penulis dan semua. Tanpa ragu-ragu, aku terus bagi restu biar apa pun kosnya nanti. Dia sangat teruja. 2 Februari 2023 adalah hari pelancaran, tapi (sebaliknya),” tulis Kamil.

Semalam, penyanyi berusia 28 tahun itu membatalkan pelancaran album sulung yang sepatutnya berlangsung bulan depan selepas
hilang rasa teruja susulan kritikan diterima dalam pertandingan tersebut.

Penampilan bersama Naim Daniel dikatakan gagal mempamerkan persembahan yang diharapkan sebaliknya, komen ‘membunuh’ itu membuatkan Sissy mengalirkan air mata dan patah semangat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI