fbpx

Barcelona menang, Xavi tidak gembira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEDRI (kiri) meledak gol tunggal perlawanan ketika Barcelona menewaskan Getafe pada aksi awal pagi semalam. – AFP

BARCELONA – Barcelona terus mengukuhkan cengkaman sebagai pendahulu La Liga selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Getafe pada perlawanan yang berlangsung di Camp Nou awal pagi semalam.

Gol kemenangan yang dija­ringkan Pedri pada minit ke-35 memastikan skuad The Catalans memiliki kelebihan tiga mata ke atas pencabar terdekat, Real Madrid yang turut menewaskan Athletic Bilbao.

Bagaimanapun, Jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez tanpa berselindung meluahkan kekecewaan terhadap aksi yang ditampilkan barisan pemainnya apabila hanya berjaya menja­ringkan satu gol biarpun memiliki deretan peluang serta menguasai sebahagian besar permainan.

“Kami menampilkan aksi yang kurang baik sepanjang 90 minit permainan. Dari segi pertahanan, semua pemain sudah tunjukkan aksi terbaik, namun kurang bagus ketika melancarkan serangan.

“Saya lega kerana kami tidak melepaskan sebarang gol, tetapi ia belum mencukupi kerana pemain-pemain gagal cipta banyak peluang. Saya akui memang sukar untuk melakukan serangan jika bertemu pasukan seperti Getafe,” katanya.

Pada masa sama, beliau tidak menolak kemungkinan pemain-pemainnya masih berada dalam keadaan penat selepas beraksi pada perlawanan akhir Piala Super Sepanyol menentang Real Madrid minggu lalu.

“Satu perlawanan yang kurang memuaskan di hadapan penyokong sendiri, mungkin pemain-pemain masih kepenatan selepas final Piala Super Sepanyol. Apa yang penting adalah kami dapat tiga mata walaupun tidak bermain baik,” ujar Xavi.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI