fbpx

Timbalan Ketua Setiausaha kerajaan Jepun dimarahi ibu kerana seluk poket seluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seiji Kihara (kanan) menyeluk poket seluar ketika Fumio Kishida bercakap dengan wartawan di Washington baru-baru ini. - Mainichi

TOKYO – Timbalan Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Seiji Kihara, mendedahkan bahawa beliau dimarahi ibunya kerana berdiri sambil kedua-dua tangan menyeluk poket seluar ketika Perdana Menteri, Fumio Kishida bercakap kepada wartawan di Washington baru-baru ini, lapor akhbar The Mainichi kelmarin.

Kihara mendedahkan di laman YouTube bahawa ibunya melihat komen-komen di internet yang menyatakan tingkah laku tersebut telah memalukan ibu bapanya. 

“Saya malu. Jahit poket anda,” kata ibunya.

Bagaimanapun, Kihara berkata, beliau sememangnya gemar meletakkan tangannya di dalam poket dan berjalan sambil berfikir.

Menurutnya, ketika kejadian itu, dirinya sedang memikirkan tentang hubungan  baik antara Jepun dan Amerika Syarikat (AS).

Adegan itu dirakam dalam video yang disiarkan oleh akhbar Asahi Shimbun di laman Twitter sekali gus menarik sejumlah komen di media sosial baru-baru ini.

Ada netizen memberikan komen bahawa Kihara mempunyai gaya yang berlebihan berbanding Perdana Menteri dan perbuatan menyeluk poket tersebut telah melanggar adab. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI