fbpx

Majlis Ulama UMNO minta kerajaan Sweden mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan membakar al-Quran di Sweden mendapat bantahan keras umat Islam. Gambar fail

PETALING JAYA – Majlis Ulama UMNO mengecam sekeras-kerasnya perlakuan ekstrem bersifat Islamfobik membakar Kitab al-Quran kerana perbuatan itu adalah satu penghinaan terhadap agama serta dua bilion umat Islam di seluruh dunia.

Pengerusinya, Datuk Dusuki Ahmad berkata, Majlis Ulama UMNO juga senada dengan kerajaan Malaysia yang mengutuk tindakan ahli politik Sweden-Denmark, Rasmus Paludan membakar senaskhah al-Quran di Stockholm, Sweden Sabtu lalu.

“Penghinaan terhadap mana-mana agama ditolak oleh masyarakat dunia kerana ia mencetuskan pertembungan sesama manusia.

“Perbuatan itu juga jelas bertentangan dengan etika kemasyarakatan yang menghormati hak asasi manusia untuk mengamalkan agama anutan mereka,” jelasnya melalui satu kenyataan hari ini.

Dasuki turut menegaskan bahawa tindakan melampau itu sudah tentu menyuburkan lagi emosi kebencian sesama manusia dan merobek keamanan bermasyarakat, malah ia boleh mencetuskan tindakan provokasi dan tindak balas termasuk keganasan.

“Pihak kami menuntut agar kerajaan Sweden memohon maaf kepada seluruh umat Islam dunia dan masyarakat antarabangsa atas kegagalan membendung kejadian jelek ini berlaku di negara tersebut.

“Kami juga menyeru para ulama dan umat Islam supaya terus mendoakan agar kebenaran Islam akan terus terserlah di seluruh dunia dan memberikan keselamatan kepada penganutnya di mana sahaja mereka berada,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI