fbpx

Pasangan kekasih bocor tayar, calar kereta abang dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara barang yang dirampas daripada suspek yang juga pasangan kekasih.

AMPANG JAYA – Tindakan sepasang kekasih membocorkan tayar, memecah lampu dan mencalarkan kereta abang ipar mereka memakan diri apabila dapat ditahan di Taman Lembah Maju, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa mendapati keretanya dirosakkan pada pukul 8.30 pagi di kawasan perumahan sama, kelmarin.

Menurut beliau, mangsa mendapati empat tayar kereta jenis Mercedes Benz A200 miliknya dibocorkan, kedua-dua lampu bahagian belakang dipecahkan selain kesan calar di seluruh kereta.

“Bertindak atas maklumat, polis menangkap seorang lelaki dan wanita yang merupakan pasangan kekasih berusia 45 tahun di Taman Lembah Maju.

“Pemeriksaan mendapati mereka positif Benzo. Polis merampas pemutar skru dan kunci kereta yang digunakan suspek ketika melakukan perbuatan khianat itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, suspek lelaki yang merupakan mekanik mempunyai tiga rekod jenayah, manakala pasangannya tidak bekerja dan mempunyai satu rekod jenayah.

Tambah beliau, punca kejadian disebabkan mangsa memarahi suspek kerana datang ke rumahnya dalam keadaan mabuk dan membuat bising.

“Tujuan suspek pergi ke rumah mangsa adalah untuk berjumpa dengan kakaknya.

“Kedua-dua suspek direman selama empat hari sehingga Khamis ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI