fbpx

DBKL giat banteras penjaja asing di Pasar Borong KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan yang diambil DBKL terhadap penjaja warga asing.

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus mempergiatkan tindakan penguatkuasaan terhadap penjaja warga asing di kawasan Pasar Borong Kuala Lumpur, hari ini.

Terdapat dalam kalangan mereka menyalahgunakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) untuk berniaga dan menjaja.

DBKL pada kenyataan di Facebook hari ini berkata, sebanyak dua notis dikeluarkan di bawah Seksyen 46 (1) (d) dan lima sitaan dilaksanakan terhadap peniaga warga asing.

“Tindakan diambil seawal pukul 6 pagi dan berakhir pukul 12 tengah hari tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Barangan yang disita dibawa ke stor sitaan DBKL di Jalan Lombong, Cheras. Pemantauan dan tindakan akan diteruskan dari semasa ke semasa. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI