fbpx

Memek muka lucu, lincahnya Nabila Huda bersenam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAYA lucu Nabila Huda yang lincah bersenam dengan mimik muka kelakar mencuit hati netizen.

SIAPA yang tak kenal dengan pelakon serba boleh, Nabila Huda? Perangai gila-gila dan bersahaja Nabila atau mesra disapa Abil boleh membuatkan sesiapa sahaja terhibur.

Baru-baru ini Abil ada berkongsi video bersenam untuk mempromosikan produk minuman fiber keluarannya.

Namun apa yang menarik perhatian adalah aksinya yang lincah dan aktif ketika bersenam sehingga membuatkan netizen menggelarnya sebagai Nicki Minaj Malaysia!

Diva yang tengok pun naik semput dibuatnya sebab ketawa macam orang gila melihat kelincahan Abil ketika melakukan aktiviti bersenam dengan gaya yang aneh-aneh.

Rata-rata pengikutnya turut berasa terhibur dan menganggap apa yang dilakukan Abil sebagai motivasi kepada mereka menurunkan berat badan.

“Kelakar. Seronok tengok Abil,” ujar seorang pengikutnya.

“Dah macam Nicki Minaj aku tengok,” tegur seorang lagi peminatnya.

Agaknya kalau Diva yang buat, tak sampai lima minit dah pengsan, keras kejung agaknya tak cukup nafas.

DIVA: Rasa macam menjadi-jadi pula tengok perangai suami pelakon Fatin Afeefa, Aliff Awang ya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI