fbpx

Lelaki maut ditolak ke landasan kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengepung lokasi kejadian selepas insiden itu berlaku. - The New York Times

BANDAR RAYA NEW YORK – Seorang lelaki di New York maut selepas ditolak ke landasan kereta api bawah tanah oleh seorang bekas banduan, lapor akhbar New York Post.

Kepala lelaki tersebut dilaporkan terhantuk pada landasan di Stesen 96th Street selepas ditolak semasa satu pertengkaran sebelum pukul 2 pagi (waktu tempatan), kata pihak berkuasa.

Anggota Pasukan Perkhidmatan Kecemasan kemudian membawa lelaki itu ke Hospital St. Luke di mana dia meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.

Polis kemudian menahan seorang suspek berusia 28 tahun dikenali sebagai Andre Boyce atas tuduhan membunuh. Dia dikatakan mempunyai sejarah kesihatan mental, kata sumber.

Pada Mac tahun lalu, suspek dibebaskan dari penjara selepas dijel hampir tujuh tahun di Kemudahan Pemulihan Sing Sing kerana cubaan merompak, demikian menurut rekod Jabatan Pemulihan Negeri (DOC).

Dia berada di bawah pengawasan sehingga Mei 2026 dan telah dipenjarakan pada 2012 kerana satu lagi percubaan merompak sebelum dibebaskan dengan parol, demikian menurut rekod DOC. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI