fbpx

RM150 yang cukup besar buat M40, T20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEJAK awal minggu ini, berpusu-pusu ibu bapa datang ke sekolah anak masing-masing bagi menerima bantuan RM150.

Ia merupakan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang mula diperkenalkan kerajaan pada 2012 bagi meringankan beban ibu bapa.

Berbeza dengan pemberian BAP pada tahun-tahun sebelumnya, bantuan kali ini bukan sahaja dinaikkan daripada RM100 kepada RM150, tetapi turut diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa mereka.

Ini bermakna, murid daripada keluarga M40 dan T20 yang selama ini tidak pernah merasai BAP akhirnya tersenarai secara automatik sebagai penerima bantuan.

Ia sesuatu yang cukup istimewa memandangkan golongan M40 dan T20 yang selama ini dianggap sebagai pembayar cukai utama kepada kerajaan tidak lagi dipinggirkan.

Seharusnya semua keluarga M40 dan T20 berterima kasih kepada kepimpinan Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas cadangan inisiatif tersebut ketika pembentangan Bajet 2023 tahun lalu.

Secara keseluruhannya, kerajaan membelanjakan RM825 juta bagi BAP tahun ini, iaitu hampir sekali ganda berbanding RM450 juta yang dibelanjakan tahun lalu.

Keseluruhan bantuan itu sebenarnya memberi manfaat kepada hampir lima juta murid, sama ada yang bersekolah di ibu kota, mahupun mereka yang berada jauh nun di pelosok pedalaman.

Ia melibatkan kira-kira 7,780 sekolah rendah dan 2,440 sekolah menengah di seluruh negara.

Hakikatnya, dalam keadaan ekonomi tidak menentu dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, setiap bantuan yang diterima daripada kerajaan perlulah digunakan sebaik mungkin.

Bagi keluarga B40, bantuan itu dianggap sebagai ‘talian hayat’ kepada perjuangan mereka untuk kelangsungan hidup.

Tidak dinafikan, ada segelintir ibu bapa yang terpaksa mengunakan duit berkenaan bagi tujuan lain selain untuk perbelanjaan persekolahan.

Bagi mereka, tanggungjawab untuk mengisi perut ahli keluarga adalah lebih utama. Itu keputusan mereka.

Bagaimanapun, bagi keluarga M40 mahupun T20, mereka sentiasa menghargai bantuan yang diberikan oleh kerajaan.

RM150 itu mungkin kecil daripada segi jumlahnya, tetapi nilai bantuan itu jauh lebih besar dan istimewa buat mereka.

Bak kata seorang rakan, M40 dan T20 ini bukannya berduit, tetapi mereka sebenarnya turut menanggung beban kewangan dan hutang yang sangat besar.

Katanya, kita juga kena terima hakikat bahawa ramai keluarga M40 kini hidup seperti B40 dan mungkin lebih daif daripada itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI