fbpx

Gianni Infantino mahu Piala AFF diselaras ikut kalender FIFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
INFANTINO (dua dari kanan) sedia menyampaikan trofi kepada kapten Thailand, Theerathon Bunmanthan selepas Gajah Perang muncul juara Piala AFF di Stadium Thammasat Isnin lepas. – AFP

HASRAT Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino untuk melihat penganjuran Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dilangsungkan pada kalender FIFA menjadi khabar gembira buat negara Asia Tenggara.

Jika edisi 2024 dapat dilangsungkan mengikut tarikh FIFA, ia pastinya memberi imej baharu kepada pertandingan itu, malah akan menambahkan tahap kompetitif memandangkan ramai pemain ternama bakal turut serta.

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, pihak FAM sentiasa menyambut baik saranan yang diberikan oleh Infantino.

“Tentang perkara itu, ia adalah komen daripada presiden FIFA dan kita menyokong. Ia sesuatu yang bagus apabila beliau sendiri sarankan Piala AFF diselaraskan mengikut kalendar FIFA,” kata­nya pada Majlis Makan Malam Bersama Pengadil kelmarin.

Sekalipun pertandingan dwitahunan itu tidak berada dalam kalender FIFA, final edisi 2022 seakan beri bayangan berlaku­nya perubahan dalam status penganjuran selepas Infantino turut hadir menyaksikan final kedua antara Thailand dan Viet­nam di Stadium Thammasat, malah turut menyampaikan trofi kepada skuad Gajah Perang yang muncul juara buat kali ketujuh.

Dalam beberapa laporan antarabangsa menyebut Infantino mahu memastikan Piala AFF mampu berkembang dan perlu mendapat pengiktirafan dengan menganjurkannya ketika kalender FIFA.

Sebelum pertandingan, beberapa negara termasuk Harimau Malaya berdepan masalah tidak dapat memanggil pemain terbaik kerana tidak mendapat pelepasan kelab.

Mengikut Peraturan Status Perpindahan FIFA Lampiran 1: Bahagian Pelepasan Pemain Kepada Pasukan Kebangsaan Perkara 6 menyatakan bahawa kelab tidak diwajibkan untuk melepaskan pemain di luar jendela antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI