fbpx

Budak lelaki mangsa dera masih trauma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak lelaki warga asing ditemui dengan kesan cedera pada bahagian badan, tangan, jari dan dahi.

KAJANG – Kanak-kanak lelaki dipercayai mangsa dera yang ditemui bersendirian di tepi jalan simpang tiga berhampiran sebuah pangsapuri Cheras Utama, Batu 9 Cheras, di sini, Sabtu lalu, masih dalam keadaan trauma.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, kanak-kanak lelaki yang dianggarkan berusia antara tiga hingga empat tahun itu masih tidak boleh berkomunikasi dengan sempurna.

“Penterjemah warga asing juga telah dipanggil untuk berkomunikasi dengan mangsa semasa berada di hospital tetapi mangsa tidak memberikan sebarang respon positif untuk bercakap.

“Mangsa tidak boleh berkomunikasi tetapi pandai menulis perkara asas pembelajaran huruf seperti ABC dan 123,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Zaid, pihaknya masih belum dapat mengesan keluarga atau waris mangsa meskipun beberapa usaha telah dilakukan.

“Mangsa ditempatkan di Wad Kanak-kanak Hospital Kajang dan dilaporkan berada dalam keadaan sihat serta stabil.

“Mangsa kini dibawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Hulu Langat,” ujarnya.

Katanya, siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang awam yang mempunyai maklumat tentang kejadian boleh hubungi mana-mana balai polis yang berdekatan ataupun berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat kes Insp. Mohd Zaiyaudi Mohd Yaakub di talian 019-5355395.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI