fbpx

Debut Safawi di bumi Thailand Sabtu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAFAWI (kiri) diperkenalkan secara rasmi pada satu sidang akhbar oleh presiden kelab Ratchaburi FC, Nitikanchana di Thailand semalam. – RATCHABURI FC

KAPTEN skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid dijangka bakal membuat kemunculan debut pertama buat pasukan Ratcha­buri FC menentang Khon Kaen United pada aksi Liga Thailand, Sabtu ini, sekali gus tidak akan ‘bercuti panjang’.

Sebagai rekod, Safawi yang baru sahaja selesai menjalani tugas bersama skuad kebangsaan pada kempen Piala AFF 2022 minggu lalu telah diperkenalkan oleh pengurusan Ratchaburi FC secara rasmi kelmarin.

Safawi yang dipinjamkan daripada kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) mengakui sangat gembira apabila dapat beraksi secara kompetitif di bumi Thailand yang sememangnya menjadi impian sejak usia remaja.

“Terlebih dahulu, saya mahu mengucapkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada pre­siden kelab (Tanawat Nitikanchana) kerana berusaha mendapatkan saya untuk sertai Liga Thailand.

“Secara jujur, sudah menjadi impian saya sejak berusia 15 tahun lagi untuk beraksi di sini (Thailand) dan sekarang adalah masa untuk saya realisasikan impian tersebut.

“Kini, saya tidak sabar untuk aksi pertama pasukan pada Sabtu ini (menentang Khon Kaen United). Terima kasih kepada peminat yang memberikan sokongan kepada saya,” kata pemain berusia 26 tahun itu.

Ini adalah kali kedua Safawi berhijrah daripada kelab Harimau Selatan ke luar negara selepas terlebih dahulu menyertai Liga Portugal bersama Portimo­nense SC pada tahun 2020 yang lepas.

Selain Safawi, tiga lagi pemain skuad Harimau Malaya turut berkelana ke Thailand seperti Dion Cools bersama Buriram United, Liridon Krasniqi (Khon Kaen United) dan Junior Eldstal (PT Prachuap).

Seorang lagi pemain JDT, Moussa Sidibe turut dipinjamkan kepada skuad The Dragons secara pinjaman musim ini dan telah diperkenalkan bersama Safawi oleh presiden kelab, Nitikanchana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI