fbpx

Rapatnya hubungan Jessica, Jennie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HUBUNGAN baik Jessica Jung dan Jennie Blackpink terserlah semasa konsert jelajah Blackpink di Hong Kong baru-baru ini.

PENYANYI Jessica Jung menjadi antara selebriti yang hadir memeriahkan konsert jelajah Blackpink di Hong Kong pada 15 Januari lalu.

Dalam Instagramnya, penyanyi itu memuat naik video konsert hasil rakaman peribadinya.

Lebih tepat lagi, video berkenaan fokus ke arah Jennie dengan kaspyen: Sayang Nini (nama panggilan Jennie) saya.

Hantaran tersebut membuatkan netizen mula bercerita tentang keintiman persahabatan mereka yang terjalin Mei 2021.

Lebih mengejutkan apabila netizen mengetahui bahawa Jennie dan Jessica mula rapat setelah berkongsi alat solek dan salun rambut yang sama.

Bahkan, mereka menyertai kelas bahasa Perancis dan menggunakan khidmat jurulatih senaman yang sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI