fbpx

Pendakian, malim gunung di Selangor buka semula bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Aktiviti pendakian dan perkhidmatan malim gunung perhutanan di Selangor dibuka semula mulai 1 Februari depan.

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) memaklumkan pembukaan itu melibatkan enam Taman Eko Rimba iaitu Sungai Tua, Sungai Sendat, Sungai Tekala, Komanwel, Kota Damansara dan Gunung Nuang.

Katanya, selain itu adalah 30 jalur pendakian merangkumi tiga daerah iaitu hutan di Hulu Selangor, pantai Klang dan Selangor Tengah.

“Hutan Hulu Selangor itu antaranya Air Terjun Lata Medang, Gunung Semangkok, Gunung Hulu Kali, Gunung Rajah, Bukit Kutu dan Bukit Unyang.

“Bagi hutan Selangor Tengah pula melibatkan Air Terjun Sungai Lepoh, Air Terjun Ulu Perdik, Air Terjun Sungai Pisang, Bukit Broga, Gunung Nuang dan Bukit Cenuang. Sementara Hutan pantai Klang adalah di Bukit Jugra,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, JPNS berkata, perkhidmatan malim gunung perhutanan yang turut dikuatkuasakan bermula tarikh sama adalah bagi 18 bukit dan gunung.

“Lokasi itu antaranya Gunung Semangkok, Gunung Rajah, Bukit Kutu, Bukit Kunong, Gunung Hitam dan Bukit Cenuang.

“Permit boleh didapati di Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah, Hulu Selangor dan Pantai Klang atau menghubungi JPNS di talian 03-55447000/ 7507 bagi sebarang pertanyaan lanjut,” katanya.

Kosmo! pada 18 Oktober lalu melaporkan semua laluan pendakian dan aktiviti rekreasi Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Selangor tidak dibenarkan dan ditutup kepada umum mulai 1 November hingga 31 Januari ini.

Larangan itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang kejadian atau kemalangan tidak diingini berlaku susulan musim tengkujuh. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI