fbpx

Ibu tiga anak maut jatuh gunung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gunung Bear secara amnya dianggap sebagai laluan yang mencabar. - Pejabat Syerif Daerah Yavapai

PHOENIX, Arizona – Seorang ibu kepada tiga anak meninggal dunia selepas terjatuh dari ketinggian 42.7 meter, ketika melakukan pendakian bersama suami dan bayinya yang berusia setahun di sebuah gunung di negeri Arizona.

Akhbar Metro UK melaporkan, Zaynad Joseph, 40, didengari menjerit sebelum terjatuh dan ditemui dalam keadaan cedera parah oleh sekumpulan pendaki di Gunung Bear di bandar Sedona.

Pejabat Syerif Daerah Yavapai berkata, kumpulan pendaki itu kemudian membuat panggilan kecemasan dan mendapati mangsa masih bernafas ketika itu.

Zaynad bagaimanapun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Sedona.

Suami dan anak mangsa diterbangkan dari gunung tersebut, manakala mayat wanita itu dibawa turun oleh pasukan keselamatan awam serta sukarelawan mencari dan menyelamat.

“Keluarga itu membuat lawatan dari California dan menyewa sebuah penginapan Airbnb di Sedona”, kata pejabat syerif.

Menurut aplikasi aktiviti rekreasi, AllTrails, Gunung Bear secara amnya dianggap sebagai laluan yang mencabar dan merupakan kawasan popular untuk mendaki. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI