fbpx

Kerajaan lantik pesuruhjaya kanak-kanak anggotai Suhakam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim pada sidang akhbar selepas mesyuarat kabinet di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya di sini, hari ini. -GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Kerajaan memutuskan melantik pesuruhjaya kanak-kanak bagi menganggotai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) susulan peningkatan kes penderaan dan masalah sosial melibatkan kumpulan berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelantikan pesuruhjaya kanak-kanak itu juga disifatkan sebagai satu cabang khas berautonomi di bawah Suhakam.

“Kita putuskan tentang pelantikan pesuruhjaya kanak-kanak untuk anggotai Suhakam, jadi dia satu cabang khas yang ‘autonomous’ di bawah mereka kerana terlalu banyak masalah penderaan dan sosial terkait dengan kanak-kanak.

“Saya juga minta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk mempengerusikan jawatankuasa sosial untuk teliti semua masalah terkait dan ia juga bawah penyelenggaraan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri,” katanya pada pemberita pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Perdana Putra di sini tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI