fbpx

Mia Ahmad selamat lahir anak ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KELAHIRAN anak ketiga Mia Ahmad dikongsikan oleh suaminya, Izham.

PETALING JAYA – Pelakon Mia Ahmad selamat melahirkan cahaya mata ketiga di sebuah pusat perubatan di Kuantan, Pahang pada pukul 1.25 pagi tadi.

Khabar gembira tersebut dikongsi suaminya yang juga pemain bola sepak Sri Pahang FC dalam sebuah hantaran Instagram hari ini.

“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi perempuan iaitu anak ketiga kami pada awal pagi tadi.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan semoga dipermuadahkan urusan kalian semua,” katanya.

Izham bagaimanapun tidak berkongsi lanjut nama anak perempuannya itu kepada umum.

Mia, 34, yang popular menerusi drama Hati Perempuan itu mendirikan rumah tangga dengan Izham sekitar tahun 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Sayf Issa, 4, dan Iris yang kini berusia dua tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI